Wednesday, December 11, 2013

Got that Feeling


Lesen Memandu. Hari ni a.k.a semalam—sekarang dah 2.00 pagi aku pergi dengar taklimat lesen memandu. Seriously, aku sangat penat dan mengantuk dalam taklimat lima jam tu. Nama ja taklimat lima jam, tapi sebenarnya lebih. Dari pukul 8 pagi hingga 5 petang. Mata aku tak larat nak bukak semasa taklimat tu. Aku hanya sempat tidor 3 jam je sebelum pergi taklimat tu. Aku bangun pukul 4 pagi pastu tonton Life of Pi kat FMP. Fush, Richard Parker comel ouo.

Minggu depan kena ambil ujian komputer pulak. Aku tak da lesen L lagi, jadi kena la ambil dulu. Lesen motosikal aku tak ambil— terus ke lesen kereta. Both vehicles ni aku takut nak bawak tapi aku lebih confident nak bawak kereta daripada moto sebab aku pernah ada kisah silam dengan 'menunggang motosikal'. Tragedi ketika darjah enam. Lol. Kalau aku tumpang orang takpe. Kalau nak bawa, wu, no-no.

Aku tak tahu kenapa sekarang aku rasa nausea, throat icky, and feel funny in stomach. Rasa macam nak throw up tapi nothing came out. Hmm, I hate this feeling. Aku makan banyak sangat ke tadi, rasanya takpon. Mungkin disebabkan tonton Barefoot Friends tadi, aku termakan banyak. Foods, aku kalah dengan korang. OTL.

//aku sangat malas untuk study for ujian komputer.