Friday, August 23, 2013

Trial

 
Hello peeps,
Minggu ni dan dua minggu berikutnya merupakan minggu untuk trial SPM. Hahaha. Trial pon aku masih online. Takde kesedaran langsung. Tapi padah juga bila aku berpelakuan begini /cey, ayat/. Aku bangun pukul dua pagi tiap-tiap hari /except hari ni, hari ni cuti/ hanya untuk study. Kawan aku anis, siap stay up all night study untuk sejarah paper two. Datang sekolah lali jer.

Hari pertama; Isnin, 08.19—exam bahasa melayu. 
Ketika itu aku masih relaks. Hanya perlu ulang kaji komsas je. But study komsas la paling bosan. Sebab aku tak suka komsas. Terutamanya novel tahun ini, Kembara Amira. Trust me, aku tak baca pon novel tu. Tersimpan rapi kat rak buku aku. lol. Bila cikgu tanya time awaaaaal tahun dulu, "sapa baca habis dah Kembara Amira ?" Keluar la suara-suara sumbang seperti— "tak start gi, cikgu" "half-way" "dok tang mana tau buku tu" "sentuh buku pon tak". Ada jugak yang jawab "dah". Tapi sorang-dua. lol. Tulah reaction budak fivescienceone smkp tentang buku komsas. Aku faham sangat classmates aku walaupun kitaorang berbeza kaum.

Hari kedua; Selasa, 08.20—exam bahasa inggeris. 
Seriously, soalan spot memang tak boleh dipercayai. Punah harapan aku ;u;. Aku kemain malam sebelum hari periksa tu karang story yang ending dengan—"I would never disappoint her again". Tengok-tengok paper part continuous writing tu, soalan nombor tiga—write a story beginning with : "The weather had been very hot lately..." Reaksi aku—*krek, krek, krek* "I am totally doomed". Adik aku buat story pasal awesome. Her head—I don't know. She's creative. And I don't. Mesti dia ambil sel creative, yang aku dapat sel yang tak creative. lol.

Hari ketiga; 08.21—exam agama kertas satu dan sejarah kertas dua.
Hari yang paling letih. Ffuuhh, glad dah lepas. Aku kena baca agama pastu hafal nota sejarah. Esei sejarah nasib baik senang la jugak. Kertas agama yang abc tu, ada beberapa soalan aku hantam. Yang part isi tempat kosong, first page—senang. Aku baca yang nih. Bukak page seterusnya—*gulp* *speechless* just one word; susah. Part struktur.. soalan sirah really kills me.

Hari keempat; 08.22—exam kimia.
Baru ja hari terakhir untuk minggu pertama, aku dah mula malas. Aku baca hanya untuk pass exam je lol. Aku tak suka kimia. Aku wish sangat aku suka kimia. Soalan spot dah diberi beberapa hari sebelum exam. Tapi aku tak usha buku jugak. Kertas dua bahagian esei, aku harap aku boleh koyak kertas tu and bako je. Aku sungguh bertahan supaya tidak menjerit dalam dewan peperiksaan. lol. Tuk calm me down, aku mumble lagu destiny sorang-sorang. Tak tahu la Nazirah, Imran and Wei Xiang dengar ke tak. lmfao. Luck untuk aku, paper three masuk rusting. Aku hafal prosedur untuk eksperimen tuuu /proud/

Esok ada majlis sambutan hari raya dekat sekolah. Selama aku belajar kat sekolah tu, dari tingkatan satu sampai tingkatan lima, ni first time ada majlis hari raya. Dah la in the middle of trial spm. Malasnya, rasa nak pakai uniform sekolah ja. Tapi nanti awkward pula. Orang lain semuanya melaram pakai baju raya, yang aku pakai baju sekolah. Tak nak pergi boleh tak ?

ok, bai.
#panjangnya entry aku.